Pages

Monday, June 13, 2016

Kenyataan Penafian

Kenyataan Penafian

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat Bersih Berseri Enterprise telah menerima aduan mengenai sijil palsu yang melibatkan pihak kami.

Pihak syarikat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB serta menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH terlibat dengan mana-mana agen yang menawarkan atau mengambil peranan sebagai orang tengah untuk menganjurkan kursus Latihan Pengendalian Makanan. Syarikat amat memandang berat kes pengedaran sijil palsu ini kerana ia menjejaskan nama baik syarikat yang sentiasa komited dalam memastikan piawaian pensijilan latihan sentiasa dipatuhi.

Syarikat menyeru kepada pengendali/pelanggan agar lebih berhati-hati dan tidak terlibat dengan sijil palsu yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, boleh berhubung terus dengan Pegawai kami di talian 03-42933166 dan email di bersih.berseri@gmail.com

No comments:

Post a Comment