Jadual Kursus






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



*** Jadual Kursus ini tertakluk kepada perubahan. Pihak SLPM Bersih Berseri berhak meminda tarikh kursus mengikut kesesuaian. Sila hubungi kami di talian 03-42933166 untuk maklumat lanjut.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Prosedur Pendaftaran Kursus

Posted by SLPM Bersih Berseri

  • Isikan borang secara manual dengan memuat turun di laman ini. Peserta perlu mengisi dengan lengkap 
          BORANG MANUAL


                                                           ATAU

  • Isikan borang secara 'On-line' 
          PESERTA INDIVIDU

          SYARIKAT/BERKUMPULAN


                                                       

                                                    ATAU

  • Pendaftaran menggunakan aplikasi Whats Apps 
          - Taip <Nama_No Kad Pengenalan/No Passport> hantarkan ke 012-6675833

          - Cth: Siti Nurhaliza Binti Ahmad_720183045232 



Sebarang pertanyaaan lanjut, boleh menghubungi kami:

SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSIH BERSERI  
(No. Rujukan: KKM-163/I/SLPM/B3  KOD SLPM: A/B/004)
No 13A, Jalan 11, Taman Putra
68000, Ampang, Selangor
Tel Office: 03-4293 3166
Tel H/P: 019-381 1891
Faks: 03-4295 3167
Email: bersih.berseri@gmail.com

    Galeri Bergambar

    Posted by SLPM Bersih Berseri

    Penyanyi popular tanahair, saudara Anuar Zain turut menyertai kursus

    Penyanyi tersohor tanahair, Deja Moss juga turut serta dalam kursus yang dianjurkan

    Semasa sesi kursus
    Peserta kursus sedang mendengar ceramah yang diberikan oleh pengajar kami

    Sesi kursus yang menghiburkan..

    Peserta terhibur dengan kursus yang dijalankan

    Kursus In-house di Mydin Mall
    Pekerja Mydin sedang menjalani kursus








    Latar Belakang Syarikat

    Posted by SLPM Bersih Berseri

    Latar Belakang SLPM BERSIH BERSERI 

    SLPM BERSIH BERSERI
    ditubuhkan pada 20 Mei 2006. Penubuhan institusi ini adalah berteraskan perkara berikut :
    • kurangnya usaha penggalakan dan pengembangan pengetahuan dan maklumat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan oleh pihak swasta .
    • pengetahuan dan maklumat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di pandang enteng oleh sesetengah pemilik premis kerana hanya mementingkan keuntungan semata-mata .
    • masih terdapat banyak kes-kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini khususnya di kantin sekolah.
    Tujuan utama penubuhan institusi pengendali makanan ini adalah untuk memelihara kebersihan dan keselamatan makanan di peringkat kebangsaan dengan tunjuk ajar dan garis panduan dari Bahagian Kualiti Dan Keselamatan Makanan KKM. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempertingkatkan serta memperbaiki tahap kesedaran berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di Malaysia termasuk di premis makanan seperti di kilang-kilang, restoran-restoran, kantin sekolah serta dapur asrama.

    Kami menyediakan bilik kuliah yang selesa serta peralatan multimedia yang dilengkapi dengan LCD Projektor dan peralatan untuk latihan amali juga ada disediakan bagi tujuan pengajaran dan pemahaman yang lebih kepada para peserta kursus.

    Bagi kursus secara in-house, SLPM BERSIH BERSERI bersedia untuk memberikan kursus di premis atau dilokasi syarikat-syarikat persendirian mengikut keperluan yang ditentukan. 


    Antara Agensi dan Syarikat yang pernah dilatih oleh pihak kami adalah:
    • Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL)
    • Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
    • Kementerian Kesihatan Malaysia - Hospital Seluruh Selangor
    • Mydin Mohamed Holding Berhad
    • Adamson Hotel Kuala Lumpur
    • Saujana Fruitech Sdn Bhd
    • Cocoaland Holdings Berhad
    • Restoran Tupai-Tupai
    • Restoran Ali Maju
    • Restoran Pelita Samudera Pertama Curry House
    • Restoran My Mum Chicken Rice - Linda Onn
    • Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves
    • Sweet Home Candy

    Perkhidmatan Kami

    Posted by SLPM Bersih Berseri

    Khidmat Dan Fungsi SLPM BERSIH BERSERI
    • Seminar atau Kursus Asas Pengendalian Makanan bagi mendapatkan Sijil Pengendali Makanan (yang diwajibkan kepada semua pekerja di premis makanan)
    • Khidmat nasihat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan bagi pengusaha makanan
    • Mengaturkan suntikan imunisasi TY2
    • Kursus motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan tahap produktiviti pekerja


    Perkhidmatan Lain SLPM BERSIH BERSERI
     
    • Khidmat bantuan permohonan lesen perniagaan
    • Pemasangan Alat Perangkap Minyak (Grease Trap)



    Keperluan Kursus Asas Pengendalian Makanan

    Posted by SLPM Bersih Berseri

    SLPM BERSIH BERSERI telah diiktiraf sebagai salah sebuah Pusat Latihan Pengendali Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kami juga telah dilantik sebagai Panel Latihan Pengendalian Makanan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam serta berpengalaman memberi kursus di kawasan Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya, Majlis Daerah, serta lain-lain badan di lokasi hampir seluruh Malaysia bagi memberi kursus serta latihan kepada pengusaha dan pengendali makanan di kawasan tersebut.

    Kursus ini juga adalah bertujuan sebagai SYARAT WAJIB perlesenan Premis Makanan serta termaktub di bawah Akta Makanan 1983 serta Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009) yang mewajibkan setiap pengendali makanan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapat sijil LPM daripada institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Kegagalan setiap pengendali makanan untuk mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan:

    Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua(2) tahun jika tidak menjalani latihan atau memiliki sijil LPM.

    Kursus ini WAJIB dihadiri oleh semua pengendali makanan termasuk pengusaha dan pekerja.

     
    Kursus ini penting kerana:

    1. Pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009)
    2. Menjadi Syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis)
    3. Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil HALAL oleh Jabatan Agama Islam Negeri
    4. Mengelak dari didenda oleh pihak PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    Siapa Yang Perlu Hadir?

    Semua pengendali makanan yang bekerja di premis-premis makanan berikut:


    • Kilang Makanan/ Minuman
    • Hotel/ Resort
    • Restoran/ Kedai Makan/ Kafeteria
    • Medan Selera
    • Pasaraya
    • Bakeri/ Kedai Roti/ Kek
    • Kantin Sekolah/ Dapur Asrama/ IPTA/ IPTS/ Kilang/ Pejabat
    • Pusat Jagaan/ Tadika
    • Gerai/ Penjaja/ Pasar Malam
    • Pembekal dan pengilang makanan yang sedang menjalankan perniagaan atau ingin memulakan perniagaan
    • Katering
    • Kedai Runcit
    • Homemade Bakers serta individu yang mementingkan aspek kebersihan makanan juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini



        ** SETIAP PENGENDALI MAKANAN PERLULAH MENJALANI LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEUMUR HIDUP






        Matlamat Kursus Latihan Pengendalian Makanan

        Posted by SLPM Bersih Berseri

        Misi SLPM BERSIH BERSERI
         
        " Menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui seminar dan kursus serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab”

        Objektif Kursus Asas Pengendalian Makanan
        • Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan
        • Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) & bahan kimia
        • Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan
        • Cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah/ sisa makanan yang teratur
        • Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul
        • Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat
        • Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
        • Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai
        • Mempelajari cara menjaga kebersihan diri
        • Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan





        Akta Makanan 1983 & Peraturan Kebersihan Makanan 2009

        Posted by SLPM Bersih Berseri


        Kementerian Kesihatan Malaysia

        BAHAGIAN IV

        PENGENDALI MAKANAN
        Bab 1 –Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan

        Latihan Pengendali Makanan

        30. (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

        (2) Menteri boleh, jika difikirkannya perlu, mengkehendaki mana- mana pengendali makanan untuk menghadiri mana- mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

        (3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana- mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam sub peraturan (1) atau tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam sub peraturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.


        Atas dasar kesedaran dan kepercayaan, kursus ini wajib dihadiri oleh semua pekerja/pengendali makanan dan bukan sahaja pengusaha atau pemilik sahaja , bagi mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan kualiti produk dihasilkan.


        Kursus Latihan Pengendalian Makanan

        Posted by SLPM Bersih Berseri

        Kursus ini diwajibkan kepada semua pengendali makanan merangkumi Pengusaha dan Pekerja di Malaysia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.  

        SLPM BERSIH BERSERI (KKM/163/I/SLPM/B3 KOD SLPM: A/B/004) adalah Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengendalikan kursus ini.

        Struktur Kursus Pengendalian Makanan

        Kursus ini merangkumi topik-topik berikut:
        1. Pengenalan
        2. Pencemaran Makanan
        3. Penyakit bawaan makanan
        4. Kebersihan diri pengendali makanan
        5. Kebersihan premis makanan
        6. Kawalan sisa buangan
        7. Kawalan makhluk perosak
        8. Akta dan Peraturan Makanan
        Tempoh Masa
        3 1/2 Jam

        Bayaran Kursus
        RM50.00 untuk setiap peserta

        Tarikh Kursus 

        Rabu - 8.00pm hingga 11.30pm
        Sabtu - 8.30am hingga 12.00pm 

        In-House Training
        Sekiranya ada keperluan untuk membuat kursus secara in-house, sila berhubung dengan pihak kami dengan menyertakan maklumat seperti berikut:

        Nama:
        No K/P:
        No Tel:
        No Faks:
        Nama Syarikat:
        Alamat Premis:

        Sijil Kursus
        Akan diberikan selepas tamat tempoh kursus dan sah untuk seumur hidup**


        **tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan

        Tenaga Pengajar
        Pengajar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

        Bagaimana untuk mendaftar?

        • Borang secara Online yang terdapat di laman kami
                  ATAU
        • Borang secara manual dengan memuat turun di laman kami. Isikan dengan lengkap dan faks ke no 03-4295 3167

        Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi kami;

        SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN 
        BERSIH BERSERI  
        (No. Rujukan: KKM-163/I/SLPM/B3  KOD SLPM: A/B/004)
        No 13A, Jalan 11, Taman Putra
        68000, Ampang, Selangor
        Tel Office: 03-4293 3166
        Tel H/P: 019-381 1891
        Faks: 03-4295 3167
        Email: bersih.berseri@gmail.com



        Hubungi Kami

        Posted by SLPM Bersih Berseri


        Sila Hubungi kami dengan maklumat berikut:  

        SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSIH BERSERI  
        (No. Rujukan: KKM-163/I/SLPM/B3  KOD SLPM: A/B/004)
        No 13A, Jalan 11, Taman Putra
        68000, Ampang, Selangor
        Tel Office: 03-4293 3166
        Tel H/P: 019-381 1891
        Faks: 03-4295 3167
        Email: bersih.berseri@gmail.com


        Peta Lokasi
        Sila klik pada gambar untuk membesarkan Peta Lokasi