Latar Belakang SLPM BERSIH BERSERI
SLPM BERSIH BERSERI ditubuhkan pada 20 Mei 2006. Penubuhan institusi ini adalah berteraskan perkara berikut :
SLPM BERSIH BERSERI ditubuhkan pada 20 Mei 2006. Penubuhan institusi ini adalah berteraskan perkara berikut :
- kurangnya usaha penggalakan dan pengembangan pengetahuan dan maklumat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan oleh pihak swasta .
- pengetahuan dan maklumat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di pandang enteng oleh sesetengah pemilik premis kerana hanya mementingkan keuntungan semata-mata .
- masih terdapat banyak kes-kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini khususnya di kantin sekolah.
Tujuan utama penubuhan institusi pengendali makanan ini adalah untuk memelihara kebersihan dan keselamatan makanan di peringkat kebangsaan dengan tunjuk ajar dan garis panduan dari Bahagian Kualiti Dan Keselamatan Makanan KKM. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempertingkatkan serta memperbaiki tahap kesedaran berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di Malaysia termasuk di premis makanan seperti di kilang-kilang, restoran-restoran, kantin sekolah serta dapur asrama.
Kami menyediakan bilik kuliah yang selesa serta peralatan multimedia yang dilengkapi dengan LCD Projektor dan peralatan untuk latihan amali juga ada disediakan bagi tujuan pengajaran dan pemahaman yang lebih kepada para peserta kursus.
Bagi kursus secara in-house, SLPM BERSIH BERSERI bersedia untuk memberikan kursus di premis atau dilokasi syarikat-syarikat persendirian mengikut keperluan yang ditentukan.
Antara Agensi dan Syarikat yang pernah dilatih oleh pihak kami adalah:
Antara Agensi dan Syarikat yang pernah dilatih oleh pihak kami adalah:
- Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL)
- Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Kementerian Kesihatan Malaysia - Hospital Seluruh Selangor
- Mydin Mohamed Holding Berhad
- Adamson Hotel Kuala Lumpur
- Saujana Fruitech Sdn Bhd
- Cocoaland Holdings Berhad
- Restoran Tupai-Tupai
- Restoran Ali Maju
- Restoran Pelita Samudera Pertama Curry House
- Restoran My Mum Chicken Rice - Linda Onn
- Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves
- Sweet Home Candy
0 comments:
Post a Comment