Apakah Perangkap Minyak ?
Perangkap Minyak adalah alat yang berfungsi untuk mengasingkan sisa makanan, minyak dan gris dari air buangan sebelum air tersebut dialirkan ke sistem perparitan. Pemasangan perangkap minyak merupakan salah satu kaedah yang paling praktikal dalam menangani masalah pencemaran kepada sistem saliran terutamanaya longkang.
Alat Perangkap Minyak adalah tangki yang ringan, tahan lazak serta mudah alih. Perangkap Minyak yang kami tawarkan mematuhi syarat-syarat dan spesifikasi kejuruteraan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kenapa Perangkap Minyak diperlukan ?
- Merupakan salah satu SYARAT PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN daripada pihak PBT
- Premis makanan telah dikenalpasti sebagai salah satu penyumbang utama terhadap pencemaran sistem saliran dan kualiti air bawah tanah. Kualiti air buangan daripada premis makanan pada umumnya mengandungi banyak lemak, minyak dan sisa makanan hasil daripada pembasuhan bahan mentah untuk masakan dan pembersihan peralatan dapur.
- Menggelakkan sistem paip sanitari dan pembentungan dari tersumbat oleh lemak, minyak dan gris
Siapakah yang memerlukannya?
Mana-mana tempat atau premis penyediaan makanan di mana makanan dijual, sama ada disediakan di situ atau tidak, dan termasuklah ;
- Kedai Makan
- Hotel
- Kafetaria
- Kantin
- Restoran
- Kompleks penjaja
- Kilang pemprosesan makanan
- Taska/Tadika yang memyediakan makanan
- Lain-lain perniagaan makanan di mana terdapat aktiviti basuhan yang menghasilkan air buangan dan sisa makanan sebagaimana termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 , Akta Makanan 1983
SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN BERSIH BERSERI
No 13A, Jalan 11, Taman Putra
68000, Ampang, Selangor
Tel Office: 03-4293 3166
Tel H/P: 019-381 1891
Email: bersih.berseri@gmail.com
0 comments:
Post a Comment