Jadual Kursus






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



*** Jadual Kursus ini tertakluk kepada perubahan. Pihak SLPM Bersih Berseri berhak meminda tarikh kursus mengikut kesesuaian. Sila hubungi kami di talian 03-42933166 untuk maklumat lanjut.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akta Makanan 1983 & Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Posted by SLPM Bersih Berseri


Kementerian Kesihatan Malaysia

BAHAGIAN IV

PENGENDALI MAKANAN
Bab 1 –Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan

Latihan Pengendali Makanan

30. (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

(2) Menteri boleh, jika difikirkannya perlu, mengkehendaki mana- mana pengendali makanan untuk menghadiri mana- mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana- mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam sub peraturan (1) atau tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam sub peraturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.


Atas dasar kesedaran dan kepercayaan, kursus ini wajib dihadiri oleh semua pekerja/pengendali makanan dan bukan sahaja pengusaha atau pemilik sahaja , bagi mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan kualiti produk dihasilkan.


0 comments:

Post a Comment