Jadual Kursus






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



*** Jadual Kursus ini tertakluk kepada perubahan. Pihak SLPM Bersih Berseri berhak meminda tarikh kursus mengikut kesesuaian. Sila hubungi kami di talian 03-42933166 untuk maklumat lanjut.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keperluan Kursus Asas Pengendalian Makanan

Posted by SLPM Bersih Berseri

SLPM BERSIH BERSERI telah diiktiraf sebagai salah sebuah Pusat Latihan Pengendali Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kami juga telah dilantik sebagai Panel Latihan Pengendalian Makanan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam serta berpengalaman memberi kursus di kawasan Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya, Majlis Daerah, serta lain-lain badan di lokasi hampir seluruh Malaysia bagi memberi kursus serta latihan kepada pengusaha dan pengendali makanan di kawasan tersebut.

Kursus ini juga adalah bertujuan sebagai SYARAT WAJIB perlesenan Premis Makanan serta termaktub di bawah Akta Makanan 1983 serta Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009) yang mewajibkan setiap pengendali makanan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapat sijil LPM daripada institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kegagalan setiap pengendali makanan untuk mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan:

Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua(2) tahun jika tidak menjalani latihan atau memiliki sijil LPM.

Kursus ini WAJIB dihadiri oleh semua pengendali makanan termasuk pengusaha dan pekerja.

 
Kursus ini penting kerana:

  1. Pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009)
  2. Menjadi Syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis)
  3. Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil HALAL oleh Jabatan Agama Islam Negeri
  4. Mengelak dari didenda oleh pihak PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Siapa Yang Perlu Hadir?

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis-premis makanan berikut:


  • Kilang Makanan/ Minuman
  • Hotel/ Resort
  • Restoran/ Kedai Makan/ Kafeteria
  • Medan Selera
  • Pasaraya
  • Bakeri/ Kedai Roti/ Kek
  • Kantin Sekolah/ Dapur Asrama/ IPTA/ IPTS/ Kilang/ Pejabat
  • Pusat Jagaan/ Tadika
  • Gerai/ Penjaja/ Pasar Malam
  • Pembekal dan pengilang makanan yang sedang menjalankan perniagaan atau ingin memulakan perniagaan
  • Katering
  • Kedai Runcit
  • Homemade Bakers serta individu yang mementingkan aspek kebersihan makanan juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini



      ** SETIAP PENGENDALI MAKANAN PERLULAH MENJALANI LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEUMUR HIDUP






      1 comments:

      1. Unknown said...

        Salam untuk menghadiri kursus ni,apa yg saya perlu bawa? Dan pemakaian pla mcm mana

      Post a Comment